Wednesday, May 27, 2009

SAMPAH DALAM LIF

Nampaknya pemikiran rakyat Malaysia masih lagi 3rd class (khususnya kepada mereka yg meninggalkan sampah dapur di dalam lif). Susah kalau orang bersifat macam orang hutan duduk bersama kita di dalam sebuah rumah yang maha besar yang kita panggil 'flet' atau pangsapuri. Sampah dapur (ada sisa makanan, perut ikan dan sebagainya) amat busuk. Kalau dah ditinggalkan dalam lif dalam keadaan berair, mengharapkan ada orang yg tolong angkat dan buang, 2-3 jam lah benda tu duduk dalam lif.. sapa nak buang?

Itu belum dikira tuan punya sampah yg hidupnya dilaknat malaikat kerana menyakiti hati jiran2 yang menaiki lif berkenaan (kalau dari tingkat 20 menghirup bau busuk sampah hingga ke ground floor, berenti pulak 2-3 kali.. mau ada yg pengsan dalam lif tu). Laknat malaikat jangan main-main. Nak minta maaf dgn 1000 orang penghuni, larat ke?

Memang bodoh la orang yg buat kerja gitu. Pergi la duduk dalam hutan.