Sunday, March 29, 2009

KUMPULKAN IDEAMU

Aku nak menulis buku. Aku telah pergi berkursus. Moralnya kalau nak tulis buku pada satu hari nanti ialah:

a) Taipkan apa saja ideamu dalam komputer, dalam satu folder. Satu idea, satu fail.
b) Bila kau dah ada beratus-ratus fail idea, kau semak semula. Kau susun ikut isi.
c) Katakan tajuk yg kau nak buat tu berkaitan "komunikasi", cut and paste semua fail yang relevan dgn komunikasi, kedalam satu fail baru yang dinamakan "komunikasi"
d) Mulai susun bab. Satu bab 5 helai aje. Satu ayat tak lebih 15 perkataan. Reka ayat supaya budak 12 tahun boleh faham.
e) Minima 166 mukasurat sahaja.

Kalau dah kau buat semua kat atas tu (terhasillah manuskrip), kau carilah penerbit. Penerbit yang aku kenal ialah "PTS" (kau search dalam google).

Kalau manuskrip kau tu diterima oleh PTS, bermakna ada rezeki lah kau, sebab PTS hanya terima manuskrip yang mereka yakin boleh dijual. PTS lebih ska bayar royalti kat kau. Kalau buku kau tu ditetapkan harganya oleh PTS sebanyak RM10, kau akan dapat royalti RM1. Biasanya PTS akan cetak 3000 naskhah. Kau akan dapat RM3000. Biasanya juga 3000 naskhah boleh habis dijual dalam masa 6 bulan. Kalau ada permintaan, PTS akan ulangcetak lagi 3000 naskhah. Kau dapat lagi rm3000.

PTS kata, kita masih kekurangan buku dan buku2 berbahasa melayu amat laris di pasaran. Oleh itu mereka sedang tercari2 penulis2 buku... apa tunggu lagi bang? dapat duit tu bang...!

TAK RUGI KALAU NAK BERUBAH SEKARANG


MySpace Love Letter

DUIT BE!!! JOM.. KLIK!!

ZIARAH KUBUR HARAM, TAHLIL HARAM

Majalah JELITA OKTOBER 2008, mukasurat 140, menegaskan ziarah kubur pada hari raya adalah haram dan mengadakan tahlil walau di mana sekalipun adalah haram. Walaupun aku tidak memetik siapa penulisnya dan siapa rujukannya, aku kira ia merupakan isu yang menarik untuk dibahaskan.

Aku teringat sewaktu kecil, aku paling suka ikut abah pergi ke masjid untuk bersembahyang hari raya puasa, kerana aku tahu, sudah menjadi ADAT, selepas sembahyang raya, semua jamaah akan bergerak ke tanah perkuburan. Di kawasan lapang di kawasan tanah perkuburan, tikar akan dibentang dan semua orang akan duduk berkumpul di situ untuk acara tahlil.

Sehelai sapu tangan dibentangkan di tengah2 arena, untuk memberi ruang dan peluang kepada sesiapa yang ingin bersedekah khususnya duit2 syiling. Syiling itu nanti akan diberikan kepada semua kanak-kana yang hadir sebagai 'duit raya'. Sebab itulah ramai kanak-kanak termasuk aku amat teruja menunggu majlis di tanah perkuburan itu.

Bertahlil telahpun diadakan, dilaksanakan, dimajliskan oleh masyarakat melayu Islam Malaysia sejak aku kecik.. sejak 1960.. itu yang aku ingat la.. mungkin tahlil di kubur pada setiap hari raya itu telahpun dibuat lebih awal lagi.

Tapi dalam www.mymasjid.net.my pula, dalam ruangan hadith mereka, terdapat satu hadith yang menceritakan tentang seseorang yang rajin mencuci dan mengemaskan masjid tempat Nabi bersembahyang, tiba2 tidak hadir ke masjid tersebut beberapa hari. Perkara itu dirasai oleh Nabi lalu baginda bertanya kepada sahabat2 yg hadir. Sahabat2 kata orang itu sudah meninggal. Nabi bergegas mencari kubur beliau dan lantas bersembahyang di atas kubur si fulan tersebut. (Dalam sembahyang tentu ada aktiviti membaca fatihah. Membaca fatihah atas kubur tu dikatakan HARAM oleh majalah JELITA OKTOBER 2008))

Aku juga pernah bersama-sama dengan Mufti NS, Sheikh Murtadza, menalkin dan menahlil di atas kubur arwah wakil rakyat Labu. Mufti yang telah belajar selama 25 tahun di negara Arab itu tentu lebih maklum tentang hukum hakam isu ini.

Aku tak tahu apa kesan penulisan majalah tersebut kerana yang menulisnya bukan ustaz itu sendiri tetapi seseorang yang mendengarnya daripada ustaz berkenaan.

Thursday, March 19, 2009

TIADA YANG KEKAL

Datang dan pergi adalah lumrah kehidupan. Sama ada kita datang dan pergi di persekitaran dunia, mahupun kita datang ke dunia dan pergi ke alam lain, itu semua adalah perkara yang memang sentiasa berlaku.

Aku datang di presint 14 pada november 2007. Sudah setahun lebih tinggal dengan penuh aman damai di flet yang agam dan indah ini. Sudah sampai pula ketikanya untuk beredar. Paling lewat Mei 2009 aku harus keluar dari perkampungan ini untuk menyewa di luar putrajaya. Rumah ini adalah kuarters isteri. Dia akan berpindah ke negeri lain, so, aku tak boleh terus tinggal di sini lagi. Sementara menunggu aku berpindah mengikut beliau, aku perlu menyewa rumah lain.

Berpindah pada waktu begini memang agak memeningkan. Aku perlu tanggung sewaan untuk dua rumah. Satu rumah sewa dia dan satu lagi rumah sewa aku. Saban minggu (kalau larat) aku perlu juga menziarahi beliau nun di hujung malaysia. Kalau minyak kereta, sekurang2nya rm200 pergi dan balik. Naik bas baru rm60 pergi balik. Ntah lah. Mudah2an aku cepat berpindah.

Anak pulak, baru kerja sebulan di KL. Hari2 aku hantar dia ke stesyen keretapi. Petang2 dia balik sendiri ke rumah. Agak mudah untuk dia balik rumah kerana ada bas yang tertentu yang boleh sampai ke rumah. Tapi kalau aku menyewa rumah lain, aku tak pasti ada atau tidak bas yang sampai ke rumah sewa baru itu.

Beberapa bulan lagi, anak anak yang lain akan menyambung pengajian di KL juga. Bertambah rumit dalam hal nak menjenguk mereka ataupun mereka pulang menjenguk kami.

Ntah lah. Apalah agaknya hikmah di sebalik perpindahan ini.

Thursday, March 12, 2009

APABILA ALARM BERBUNYI 24 JAM



Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita tidak boleh agak waktu kereta kita meragam. Kita dah parking ia elok2 masa balik keje kul 600 ptg tu, kitapun balik lah ke rumah. Alih2, lepas isyak tu alarm kereta tu meragam. Berbunyi tak henti2 sampai ke subuh. Lepas subuh, tuan kereta confirm amik cuti sebab kereta dah tak boleh start.

Yang jadi mangsa ialah penghuni flet yang berhampiran dengan kereta yg bermasalah tu. Tak dapat tido oooooo... nyong nyeng nyong nyeng.. mengalahkan dengung sang nyamuk.
Tuan kereta entah kat mana duduknya. Mungkin di kawasan yang terlindung dari pendengaran. Kalau dia terdengarpun, mungkin dia anggap bunyi tu datang dari kereta orang lain.

Jadi aku nak mencadangkan:

Letak le no henfon kat dalam kereta tu, so orang ramai boleh tolong SMS kepada tuan kereta.

AJK Blok ada ambil maklumat penghuni bulan lepas, siap dgn nombor henfon dan nombor kereta. Masukkan data tu ke dalam komputer. Bila ada kes alarm berbunyi tak henti, atau lampu kereta lupa dipadamkan ke, AJK bole cari maklumat tuan kereta, dan SMS kepada tuan kereta. Baru le KERJA AMAL namanya. Besar pahala tu..

Ada satu gajet baru, aku pernah tengok. Gajet ni dipegang oleh tuan kereta. Dalam jarak 200 meter, apa2 yg berlaku pada kereta, si tuannya akan dapat tahu, sebab gajet tu akan berbunyi dan tunjukkan ikon kereta pada skrin gajet . Bila begitu, tuan kereta akan tahu something wrong sedang berlaku pada kereta dia, so dia akan turun flet dan pergi tengok kereta dia. Pergi la cari gajet ni kat kedai aksesori. RM200 aje harga, tapi berkesan.

Aku? aku dengan caraku.
Aku tak pasang alarm kereta. Walaupun kereta aku ada alarm, tapi aku tak guna benda picit-picit tu (remote tu le). Aku guna kunci kereta untuk mengunci kenderaan aku. Untuk keselamatan kereta, aku pasang 'steering lock' aje. So, kereta tak kena curi dan alarm tak berbunyi.

Ketahuilah, sekiranya apa-apa perbuatan anda (atau kereta anda) yang menyakitkan hati jiran, selama itulah anda kena LAKNAT malaikat..

Sunday, March 1, 2009

PASAR TANI BANDAR BARU BANGI


Membeli belah untuk keperluan dapur kadang-kadang perlukan kepuasan jugak. Paling dekat dengan Presint14 ialah Mydin yang bertempat di Presint 15 (Presint Diplomat). Pasar yang agak elok tapi jauh sikit ialah Pasar Presint 8. Yang paling seronok shopping sayur sudah tentulah di Pasar Borong Selangor, Puchong. Kat situ semuanya ada, kecuali mak ayah aje.

Namun kalau tersasar ke Bandar Baru Bangi pada pagi Ahad, singgahlah di Pasar Tani di hadapan Kompleks PKNS. Setidak-tidak hari minggu itu bolehlah makan sayur nangka masak lemak, atau goreng pakis, atau rebus daun ubi kayu cicah sambal belacan.. humangai...