Tuesday, December 1, 2009

Kasihan Lif Di Apartment Tinggi

Setiap presint di putrajaya mengandungi pelbagai jenis rumah, dari kategori banglow, berkembar, teres dan akhir sekali flet 19 tingkat. Yang duduk di perumahan yg bukan flet, barangkali tak ada masalah yang berkaitan dengan lif.

Lif digunakan sepenuhnya oleh penghuni flet, sama ada untuk tujuan turun naik, angkat barang, bawa turun sampah bahkan transportasi kepada basikal dan motorsikal.

Tak kisah lah jika memang kita tidak mampu nak turun tangga untuk angkut sampah atau bawa turun naik motorsikal, tetapi adab menggunakan lif perlulah dijaga, demi mengelakkan diri kita disumpah oleh ratusan penghuni yang menghuni flet yang sama.

Paling sering berlaku ialah bau busuk sampah. Sampah yang tidak diikat dengan betul sehingga meloloskan bau yg hapak dan hanyir memenuhi segenap ruang lif yg sempit akan memualkan penumpang lif yang berikutnya. Katakan kau bawa turun sampah yang tidak diikat rapi dari tingkat 5. Selepas kau keluar dari lif, ada penghuni lain nak naik ke tingkat 19, terpaksa menahan nafas hingga lebam biru muka. Sumpah seranah jangan cakap. Kau kena ingat, 40 orang sumpah kau, kau tak kan aman hidup.

Itu bab sampah.

Bab bawak kenderaan motorsikal turun naik dgn lif. Tak apala kalau kau sayang motor kau dan tak konfiden nak simpan kat garaj yang cantik tu. Tapi jangan la start motor dalam lif. Bila kau keluar, penghuni berikutnya nak naik lif , sama kes macam orang bawak sampah tadi la, jenuh tutup hidung menahan nafas.. bayangkan nak tunggu lif sampai ke tingkat 19. Nanti kau kena sumpah juga..

itu bab motorsikal.

Bab mereka yang merokok dalam lif pun se angkatan jugak dengan pembawa sampah dan pembawa motorsikal. Tak tahu lah apa yg mereka tahu ttg hukum hakam. Ambil mudah aje soal syurga neraka.

Takpe la kalau dah kebal dan boleh tahan api mancis, mungkin boleh tahan api neraka jugak kot.

Pandai2 kau la..