010810-900am
mengira-ngira
jejak kakiku di atas pasir memutih ini
amat mengasyikkan
telingaku dibelai
gemersik lembut sang ombak berderai di pantai
sesekali cericip burung pipit membelah sunyi
sesekali deruman mat rempit
meredah laluan padat
kuantan-pelabuhan
pantai ini
semungil sedekad lalu
aku bukan orang asing baginya
cerita mudaku banyak tertumpah dihatinya
dia bisa menceritakannya
jika dia mahu
melayangi arah mata ke hujung dunia
air birumu bagai padang tak berhujung
hati terjelepuk syahdu
ingin mengadu kepadamu
peritnya deritaku sekarang ini
namun siapakah yang mampu meladeniku
kecuali kamu
yang sentiasa bisu
kau menyimpan
segala dukalara insan
yang sekadar singgah
menangisi trajedi
semalam
presint14
Tuesday, August 17, 2010
WAKTU INI KITA KENAL SIAPA KAWAN
Kamu tak boleh memaksa kawanmu mengikut kehendak kamu kerana kamu tiada apa-apa hak untuk berbuat demikian. Cuma kamu boleh membuat kesimpulan sama ada dia itu kawan sebenar atau kawan di waktu senang sahaja.
Tidak susah untuk mengenal kawan. Dia mungkin bos. Dia mungkin rakan sejawat kamu yang sama pangkat. Walau apapun pangkat kamu semua, bos atau orang bawahan, dalam satu keadaan kamu semua adalah kawan.
Kamu, dia dan bos kamu sebenarnya adalah kawan. Namun dalam satu keadaan yang kritikal kamu akan lihat mereka berdua bukanlah kawan sejati. Kamu memohon untuk berpindah. Kamu menulis surat kepada bos kamu. Bos kamu cakap, kamu boleh pindah kalau kamu ada pengganti. Kamupun cakap, kawan kamu wajar dan boleh ganti kamu kerana dia setaraf dengan pangkat kamu. Bos kamupun panggil kawan kamu untuk berbincang.
Masalah kamu ialah sekiranya tidak berpindah, kamu akan menghadapi masalah kewangan kerana rumah yang kamu duduk sekarang adalah atas nama isteri kamu. Dia (isteri) sudah berpindah bekerja di pejabat di kampung halaman. Kebetulan ibu dia sakit. Memang cantiklah dia berpindah.
Oleh sebab itu kamu ingin ikut pindah. Kamu kena keluar dari kuarters isteri sebulan lagi. Kalau tidak kamu kena sewa rumah lain yang dua kali ganda lebih mahal dari kuarters. Kalau kamu ambil kuarters, maka elaun rumahmu akan hilang, sedangkan elaun tersebut telah kamu peruntukkan kepada orang miskin dari kalangan keluarga kamu.
Apabila kamu keluar rumah, kamu kena kosongkan. Kamu perlu sewa lori untuk angkut alat alat dan perabot dari kuarters ke kampung isteri kamu yang jaraknya 400km. Barangkali kamu kena bayar RM1500 kepada tokeh lori.
Jikalau kamu keluar rumah itu dan tidak dipindahkan oleh bos kamu ke pejabat di kampung isteri kamu (memang ada kosong), maka kamu perlu mencari rumah sewa. Kamu akan tertekan dengan masalah kewangan lain selain sewaan lori.
Isteri kamu pula sering mengadu banyak belanja apabila duduk di rumah ibu. Semua belanja sekarang atas tanggungan dia. Yang memasak dia. Ibu sakit. Adik beradik lain duduk di rumah sendiri dalam jarak 15 km keliling. Memang wajar dia menjaga ibu, tetapi dia tidak larat melakukannya bersendirian. Dia memerlukan kamu.
Kamu mendengar rintihan itu. Sebab itu kamu ingin pindah segera. Kalau boleh kamu ingin pindah terus ikut lori ke kampung kamu.
Tapi bos kamu mahukan pengganti kamu. Penggantian segera bergantung kepada kawan kamu. Setelah 1 hari dia diberi masa berfikir, dia menolak tawaran untuk memegang jawatan kamu. Keputusan bos kamu kekal. Tiada pengganti, tiada perpindahan. Padahal kamu telah bercerita apa yang sepatutnya kamu ceritakan tentang masalah kamu.
Sekarang, kamu harus menghadapi masalah kamu sendirian. Tiada kawan yang membantu kamu pada tahap ini. Tiada kawan. Mereka semua hanya kawan di waktu kamu senang. Bila kamu susah, mereka mengelak dengan sejuta alasan.
Maka apakah tindakan kamu selepas ini...? tunggu 30 September 2010....

Thursday, July 22, 2010
HIDUP INI BIAR BERPADA
Kita hidup di dunia,
bukan nak kaya,
bukan nak jadi glamer,
bukan mencari keseronokan.
Semuapun tahu tentang itu.
Kalau aku miskin wang,
tak semestinya aku tidak boleh hidup,
untuk beramal ibadah seadanya.
Ramai yang telah menjual syurganya dunia,
tatkala mereka membuang bayi,
seperti kaum jahiliah sebelum nabi,
apakah lagi yang ada sesudah mati?
hanya neraka..
Kemiskinan selalunya membawa kepada keinsafan,
kekayaan selalunya memanggil ke arah keseronokan,
wang boleh beli dunia.. boleh beli neraka juga.
Apabila terlalu ramai manusia,
ramai yang berdisiplin,
ramai juga yang tidak..
biasanya yang tidak berdisiplin punyai pengaruh besar,
terhadap yang berdisiplin.
Kekalkan aku miskin,
tanpa kesusahan hidup di dunia,
itupun sudah seperti syurga bagiku..
tingkatkan kejituan hatiku untuk terus beribadah,
meskipun aku tahu, sesekali,
aku terbabas jua.

Tuesday, July 20, 2010
sewa kuarters presint 14 rm570.00
Bertuahnya duduk di kuarters presint 14-7. Bulan2 baru kena potong elaun rumah rm180 dan kola rm150. jumlahnya rm330. Tapi kalau saja saja nak sewa mcm rumah sewa biasa (x mahu mendaftar walaupun pegawai kerajaan), maka sewanya ialah rm570. Banyak tu..
Rumah yg aku duduk ni, atas nama isteri. Isteri dah pindah. Tapi gaji masih sini yg bayar selama 3 bulan. Jadi boleh la aku duduk lg selama 3 bulan.
Tamat tempoh 3 bulan lg, aku kena keluar.. Terpaksa la cari bilik pulak yg sewanya rm150 ke.. Tak larat aku duduk sorang2 bayar rm570.
Jadi sapa sapa yg menghuni kuaters flet presint 14 ni, hargailah rumah tu.

Tuesday, December 1, 2009
Kasihan Lif Di Apartment Tinggi
Setiap presint di putrajaya mengandungi pelbagai jenis rumah, dari kategori banglow, berkembar, teres dan akhir sekali flet 19 tingkat. Yang duduk di perumahan yg bukan flet, barangkali tak ada masalah yang berkaitan dengan lif.
Lif digunakan sepenuhnya oleh penghuni flet, sama ada untuk tujuan turun naik, angkat barang, bawa turun sampah bahkan transportasi kepada basikal dan motorsikal.
Tak kisah lah jika memang kita tidak mampu nak turun tangga untuk angkut sampah atau bawa turun naik motorsikal, tetapi adab menggunakan lif perlulah dijaga, demi mengelakkan diri kita disumpah oleh ratusan penghuni yang menghuni flet yang sama.
Paling sering berlaku ialah bau busuk sampah. Sampah yang tidak diikat dengan betul sehingga meloloskan bau yg hapak dan hanyir memenuhi segenap ruang lif yg sempit akan memualkan penumpang lif yang berikutnya. Katakan kau bawa turun sampah yang tidak diikat rapi dari tingkat 5. Selepas kau keluar dari lif, ada penghuni lain nak naik ke tingkat 19, terpaksa menahan nafas hingga lebam biru muka. Sumpah seranah jangan cakap. Kau kena ingat, 40 orang sumpah kau, kau tak kan aman hidup.
Itu bab sampah.
Bab bawak kenderaan motorsikal turun naik dgn lif. Tak apala kalau kau sayang motor kau dan tak konfiden nak simpan kat garaj yang cantik tu. Tapi jangan la start motor dalam lif. Bila kau keluar, penghuni berikutnya nak naik lif , sama kes macam orang bawak sampah tadi la, jenuh tutup hidung menahan nafas.. bayangkan nak tunggu lif sampai ke tingkat 19. Nanti kau kena sumpah juga..
itu bab motorsikal.
Bab mereka yang merokok dalam lif pun se angkatan jugak dengan pembawa sampah dan pembawa motorsikal. Tak tahu lah apa yg mereka tahu ttg hukum hakam. Ambil mudah aje soal syurga neraka.
Takpe la kalau dah kebal dan boleh tahan api mancis, mungkin boleh tahan api neraka jugak kot.
Pandai2 kau la..

Monday, September 7, 2009
MERCUN DI PRESINT 14
Kalau tak silap, sejak dari malam pertama puasa dah kedengaran bunyi mercun yang bingit itu di kawasan flet presint 14. Bunyinya memang amat memekakkan. Mereka yg ada anak kecil tentu tidak suka dengan bunyian tersebut.
Bagaimanapun, aku tak kisah, sebab anak2 pun takde kat umah, semua duduk asrama. Cuma sesekali terkejut/tergamam mendengar ledakan mercun berkenaan. Bagi aku, takde la aku menyumpah-nyumpah mereka yg main mercun tu. Tapi mungkin ada penghuni lain yang marah kot, dan menyumpah.. itu yg bahaya tu..
Sebab itulah mercun diharamkan, khususnya pada masa raya china. Aku pernah duduk di taman orang cina. Mercun berdentum dentam tanpa henti siang dan malam.. huuuu... betul2 tension bang.. eloklah diharamkan.. memang takde pekdahnyer pun.

Wednesday, May 27, 2009
SAMPAH DALAM LIF
Nampaknya pemikiran rakyat Malaysia masih lagi 3rd class (khususnya kepada mereka yg meninggalkan sampah dapur di dalam lif). Susah kalau orang bersifat macam orang hutan duduk bersama kita di dalam sebuah rumah yang maha besar yang kita panggil 'flet' atau pangsapuri. Sampah dapur (ada sisa makanan, perut ikan dan sebagainya) amat busuk. Kalau dah ditinggalkan dalam lif dalam keadaan berair, mengharapkan ada orang yg tolong angkat dan buang, 2-3 jam lah benda tu duduk dalam lif.. sapa nak buang?
Itu belum dikira tuan punya sampah yg hidupnya dilaknat malaikat kerana menyakiti hati jiran2 yang menaiki lif berkenaan (kalau dari tingkat 20 menghirup bau busuk sampah hingga ke ground floor, berenti pulak 2-3 kali.. mau ada yg pengsan dalam lif tu). Laknat malaikat jangan main-main. Nak minta maaf dgn 1000 orang penghuni, larat ke?
Memang bodoh la orang yg buat kerja gitu. Pergi la duduk dalam hutan.

Subscribe to:
Posts (Atom)