010810-900am
mengira-ngira
jejak kakiku di atas pasir memutih ini
amat mengasyikkan
telingaku dibelai
gemersik lembut sang ombak berderai di pantai
sesekali cericip burung pipit membelah sunyi
sesekali deruman mat rempit
meredah laluan padat
kuantan-pelabuhan
pantai ini
semungil sedekad lalu
aku bukan orang asing baginya
cerita mudaku banyak tertumpah dihatinya
dia bisa menceritakannya
jika dia mahu
melayangi arah mata ke hujung dunia
air birumu bagai padang tak berhujung
hati terjelepuk syahdu
ingin mengadu kepadamu
peritnya deritaku sekarang ini
namun siapakah yang mampu meladeniku
kecuali kamu
yang sentiasa bisu
kau menyimpan
segala dukalara insan
yang sekadar singgah
menangisi trajedi
semalam
No comments:
Post a Comment