Majalah JELITA OKTOBER 2008, mukasurat 140, menegaskan ziarah kubur pada hari raya adalah haram dan mengadakan tahlil walau di mana sekalipun adalah haram. Walaupun aku tidak memetik siapa penulisnya dan siapa rujukannya, aku kira ia merupakan isu yang menarik untuk dibahaskan.
Aku teringat sewaktu kecil, aku paling suka ikut abah pergi ke masjid untuk bersembahyang hari raya puasa, kerana aku tahu, sudah menjadi ADAT, selepas sembahyang raya, semua jamaah akan bergerak ke tanah perkuburan. Di kawasan lapang di kawasan tanah perkuburan, tikar akan dibentang dan semua orang akan duduk berkumpul di situ untuk acara tahlil.
Sehelai sapu tangan dibentangkan di tengah2 arena, untuk memberi ruang dan peluang kepada sesiapa yang ingin bersedekah khususnya duit2 syiling. Syiling itu nanti akan diberikan kepada semua kanak-kana yang hadir sebagai 'duit raya'. Sebab itulah ramai kanak-kanak termasuk aku amat teruja menunggu majlis di tanah perkuburan itu.
Bertahlil telahpun diadakan, dilaksanakan, dimajliskan oleh masyarakat melayu Islam Malaysia sejak aku kecik.. sejak 1960.. itu yang aku ingat la.. mungkin tahlil di kubur pada setiap hari raya itu telahpun dibuat lebih awal lagi.
Tapi dalam www.mymasjid.net.my pula, dalam ruangan hadith mereka, terdapat satu hadith yang menceritakan tentang seseorang yang rajin mencuci dan mengemaskan masjid tempat Nabi bersembahyang, tiba2 tidak hadir ke masjid tersebut beberapa hari. Perkara itu dirasai oleh Nabi lalu baginda bertanya kepada sahabat2 yg hadir. Sahabat2 kata orang itu sudah meninggal. Nabi bergegas mencari kubur beliau dan lantas bersembahyang di atas kubur si fulan tersebut. (Dalam sembahyang tentu ada aktiviti membaca fatihah. Membaca fatihah atas kubur tu dikatakan HARAM oleh majalah JELITA OKTOBER 2008))
Aku juga pernah bersama-sama dengan Mufti NS, Sheikh Murtadza, menalkin dan menahlil di atas kubur arwah wakil rakyat Labu. Mufti yang telah belajar selama 25 tahun di negara Arab itu tentu lebih maklum tentang hukum hakam isu ini.
Aku tak tahu apa kesan penulisan majalah tersebut kerana yang menulisnya bukan ustaz itu sendiri tetapi seseorang yang mendengarnya daripada ustaz berkenaan.
No comments:
Post a Comment