Thursday, March 19, 2009

TIADA YANG KEKAL

Datang dan pergi adalah lumrah kehidupan. Sama ada kita datang dan pergi di persekitaran dunia, mahupun kita datang ke dunia dan pergi ke alam lain, itu semua adalah perkara yang memang sentiasa berlaku.

Aku datang di presint 14 pada november 2007. Sudah setahun lebih tinggal dengan penuh aman damai di flet yang agam dan indah ini. Sudah sampai pula ketikanya untuk beredar. Paling lewat Mei 2009 aku harus keluar dari perkampungan ini untuk menyewa di luar putrajaya. Rumah ini adalah kuarters isteri. Dia akan berpindah ke negeri lain, so, aku tak boleh terus tinggal di sini lagi. Sementara menunggu aku berpindah mengikut beliau, aku perlu menyewa rumah lain.

Berpindah pada waktu begini memang agak memeningkan. Aku perlu tanggung sewaan untuk dua rumah. Satu rumah sewa dia dan satu lagi rumah sewa aku. Saban minggu (kalau larat) aku perlu juga menziarahi beliau nun di hujung malaysia. Kalau minyak kereta, sekurang2nya rm200 pergi dan balik. Naik bas baru rm60 pergi balik. Ntah lah. Mudah2an aku cepat berpindah.

Anak pulak, baru kerja sebulan di KL. Hari2 aku hantar dia ke stesyen keretapi. Petang2 dia balik sendiri ke rumah. Agak mudah untuk dia balik rumah kerana ada bas yang tertentu yang boleh sampai ke rumah. Tapi kalau aku menyewa rumah lain, aku tak pasti ada atau tidak bas yang sampai ke rumah sewa baru itu.

Beberapa bulan lagi, anak anak yang lain akan menyambung pengajian di KL juga. Bertambah rumit dalam hal nak menjenguk mereka ataupun mereka pulang menjenguk kami.

Ntah lah. Apalah agaknya hikmah di sebalik perpindahan ini.

No comments:

Post a Comment